Show Your Support

Profile


F A I R U L  A D Z R E E N atau lebih dikenali sebagai Fero, berasal dari Kuala Lumpur. Seorang YouTubers, selalu membuat video akustik cover. (Klik untuk ke Channel YouTube Fero). 

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, dan berkerja sebagai seorang Engineer, part-time professional photographer (dengan Labelnya tersendiri FeroGraphy) dan juga seorang videographer.

Fero pernah tercalon dalam "Anugerah Planet Muzik 2013" untuk kategori baru iaitu "Nova Media Baru (YouTubers)" yang diperkenalkan dan diumumkan dalam kategori pertama pada malam anugerah APM2013 yang berlangsung di SunTech Convention Centre, Singapore pada Oktober 2013. Fero salah seorang wakil Malaysia apabila Video cover akustik "Judika - Aku Yang Tersakiti" telah terpilih untuk dicalonkan dalam anugerah tersebut melalui pemilihan juri dan jumlah tontonan, yang ditentukan oleh pihak MediaCorp Singapura.

Atas permintaan ramai, Fero telah melancarkan Single pertamanya bertajuk "Akhir Nafasku" pada 16 Jun 2014. (Klik untuk menonton Official MTV) yang mendapat sambutan yang sangat baik dengan jumlah tontonan 135ribu viewers sehingga kini sejak dimuat naik ke laman YouTube. MTV tersebut adalah diarahkan oleh Fero dan hasil produksinya sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang "Akhir Nafasku" semua maklumat bleh didapati di SINI

P E N C A P A I A N :

Oktober 2013: 
Tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2013 kategori Nova Media Baru di Suntech Singapore.
Video pencalonan pada malam anugerah APM2013
video



November 2013
Video cover Rindukanlah menjadi trending cover dengan 150ribu tontonan.

Mac 2014: 
Semi-Final Bintang Idola Berita Harian (BIBH 2014)

May 2014: 
Artis baru jemputan dan ditemuramah untuk Episod Fero sendiri oleh pihak RTM untuk rancangan YouTV, pengacara oleh Aril AF. ERA.fm. (Belum disiarkan)



Jun 2014: 
Melancarkan lagu dan Official MTV single pertama "Fero - Akhir Nafasku" dan mendapat view 45ribu dalam 3 bulan. dan kini telah mendapat hampir 136ribu viewers.

Julai 2014: 
Artis jemputan eWana.FM untuk segmen DJ Liaomey dan DJ Az.

Julai 2014: 
Projek "Mashup 8 Lagu raya oleh 8 Youtubers" oleh Voxscape Entertainment.

September 2014: 
Membuat persembahan sempena "Malaysian Day Acoustic Night" anjuran Petronas Brand dan Voxscape Entertainment di Petronas Solari Serdang.

September 2014: 
Artis jemputan untuk persembahan akustik di Majlis Hari Jadi penyanyi Asfan Shah di Dapur Penyet, Cyberjaya




12 Disember 2014:
Artis jemputan pada Gathering DreEMers Club 2014 (Fan Club Encik Mimpi) bertempat di PakJon Steamboat & BBQ e-Curve Damansara. Disamping membuat persembahan 3 lagu termasuk single pertama "Akhir Nafasku" secara akustik, Fero juga telah merakamkan lagu Encik Mimpi  bertajuk "Definisi Persahabatan". Lagu tersebut adalah nyanyian Encik Mimpi, Fero dan juga Azhar Mustapa.

13 Disember 2014:
Membuat persembahan bersama 3 lagu bersama Encik Mimpi yang turut berduet dengan Fero single pertama "Akhir Nafasku" di Gempak Santai, Harian Metro di i-City Shah Alam.



10 Januari 2015:
Membuat persembahan Akustik di "Charity Jamming Session" di Talent Lounge, Damansara untuk mengumpul dana baji mangsa banjir Kampung Batu Gajah Perak.


18 Januari 2015:
Membuat persembahan "Medley AJL29" di Pentas Belakang Tabir Anugerah Juara Lagu (AJL29) secara LIVE di Tonton sebagai Top 3 Peraduan Cover Kami.

One Response to “Profile”

  1. Oooo..gini alkisahnya insan yg bernama Fero..byk dh pencapaian..smpi Singapore.. Good performance.. Keep it up!Saya nmpk awk boleh pergi jauh utk msa hadapan dgn bakat yg dimiliki ni (ayt ala2 pengrkitik..hehe) All the best and good luck for everything you do Abam Fero!! yg performance kt UiTM tu InshaAllah.. One day we will invite you for our function.. Hee :D

    ReplyDelete

MY PHOTOGRAPHY SERVICES

MY PHOTOGRAPHY SERVICES
FeroGraphy provide you the best value for money and a guarantee satisfaction in terms of taking beautiful photos & moments of happiness. Visit our art gallery and book a session with us.